MOTOSIKAL yang dipercayai milik mangsa. FOTO ihsan pembaca
Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


Prai: Lelaki, 26, lemas selepas terjun dari Kilometer 3.8 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown jam 10.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, lelaki dikenali Nurul Azhar Aziz dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang menunggang motosikal berseorangan sebelum berhenti di laluan kecemasan jambatan itu.

Saksi kejadian berkata, mangsa, kemudian menanggalkan selipar dipakainya sebelum memanjat pembahagi jalan konkrit di situ sebelum terjun ke dalam laut.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian tidak sempat menariknya kerana kejadian berlaku dengan pantas.

Menurutnya, mangsa pada mulanya dilihat sedang berenang, namun dilihat terapung tidak lama selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 1:20 PM