LOKASI venue kejohanan siap menyambut kehadiran peserta.

Jasin: Pengurus Projek Harian Metro Abd Kadir Hamza berkata, mereka hanya menunggu untuk kejohanan berlangsung esok selepas segala persiapan siap sepenuhnya semalam.

Menurutnya, kejohanan itu diadakan dalam kawasan Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan dengan majlis pelepasan juga akan diadakan di lokasi sama esok.

Katanya, peserta diberi kemudahan meletakkan kenderaan di sekitar MSN Saujana Asahan berikutan tempat terhad dengan Kem Lagenda Gunung Ledang memberi kerjasama membenarkan pengunjung menggunakan kawasan mereka.

“Kawasan itu mempunyai tempat luas dan padang kawad. Selain itu, penganjur yang mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan membuka tempat letak kereta di kawasan lapang berhampiran venue kejohanan.

“Bagaimanapun pengunjung dan peserta perlu mengikut papan tanda laluan untuk meletakkan kenderaan. Kita meminta kerjasama peserta tidak meletakkan kenderaan mereka di sepanjang laluan di depan MSN Saujana Asahan kerana kawasan itu menjadi laluan perlumbaan,” katanya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 6:20 AM