PERUNDING Teknikal D Wish Managment Muhd Sanusi Kamarul Azhar (tiga dari kanan) memberi taklimat kepada anggota JPAM dan penguatkuasa MPJ mengenai check point ditetapkan.

Jasin: Pengarah Teknikal Kejohanan Noor Azam Abd Aziz memberi jaminan tahap keselamatan peserta menjadi keutamaan dengan penganjur melakukan persiapan rapi bagi memberi bantuan kecemasan sepanjang acara berlangsung.

Menurutnya, pihak penganjur juga mendapat kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan paramedik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersiap sedia untuk membantu.

Malah, pegawai dan anggota polis yang turut dibantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turut mengawal keadaan trafik termasuk laluan ‘off-road’ di trek kejohanan.

Noor Azam berkata, seramai 30 anggota JPAM dan pasukan paramedik ATM ditugaskan di pusat pemeriksaan Zon A dan B bagi memberi bantuan sekiranya berlaku kemalangan.

Katanya, pasukan itu dilengkapi tiga ambulans, dua kenderaan pacuan empat roda, motosikal bantuan kecemasan ditempatkan di 15 tempat di trek kejohanan.

“Kami bersama anggota JPAM sudah membuat persediaan rapi dengan turut menempatkan pusat kawalan kecemasan di MSN (Kompleks Majlis Sukan Negara) Asahan bagi membolehkan peserta yang tercedera mendapatkan rawatan.

“Peserta tidak perlu risau kerana penganjur menyediakan seramai 120 mar
shal bagi membantu peserta,” katanya, semalam.

Noor Azam berkata, pihaknya menyediakan 390 papan tanda membabit penunjuk arah, amaran, pusat pemeriksaan, sempadan negeri dan laluan kecemasan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 6:19 AM