JOSE Mourinho
AVRAM Grant
ROBERTO di Matteo
CLAUDIO Ranieri

Chelsea kini berada di kedudukan terbaik untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim ini malah sentuhan Jose Mourinho turut mendapat perhatian apabila beliau berjaya membawa The Blues mara ke kelompok 16 terakhir saingan Liga Juara-Juara selepas membelasah Schalke 5-0. 

Namun tidak semua pengurus di bawah pengurusan Roman Abramovich mempunyai rekod cemerlang dan digemari oleh jutawan Russia itu. Ikuti sejauh mana pencapaian mereka dinilai oleh Abramovich.

-Claudio Ranieri (2000-04)

Jurulatih ini berjaya mengikat Frank Lampard dan bersetuju dengan perjanjian mendapatkan Petr Cech sebelum menjadi mangsa pertama dipecat Roman Abramovich. Beliau tewas di separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Monaco.-6

-Jose Mourinho (2004-07)

Menyertai Chelsea dengan status sebagai juara Liga Juara-Juara bersama Porto. Berjaya membawa kelab itu menjulang gelaran utama sejak 1955 dan melakar rekod catatan mata terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Dia meraih lima trofi utama sepanjang tiga musim sebelum bertelagah dengan Abramovich.-9

-Avram Grant (2007-08)

Kehadirannya sebagai pengarah bola sepak yang menimbulkan kemarahan Mourinho namun kemudiannya mengambil alih tugas sebagai pengurus. Beliau berjaya mara ke final Liga Juara-Juara di Moscow namun gagal menjulang sebarang trofi kejuaraan.-5

-Phil Scolari (2008-09)

Selepas menolak tawaran mengendalikan England, pengurus yang berjaya membawa Brazil menjulang Piala Dunia tiba dengan reputasi besar. Namun beliau tidak pernah dihormati ketika di bilik persalinan dan khidmatnya tidak sampai satu musim.-3

-Guus Hiddink (2009)

Menjawat tugas sebagai pengendali sementara kerana masih bertanggungjawab sebagai pengurus Russia. Beliau berjaya menjulang Piala FA dan hampir menewaskan Barcelona di separuh akhir Liga Juara-Juara. Kehadirannya begitu disenangi pemain, penyokong dan wartawan. Skuad membelikannya hadiah jam tangan apabila dia meninggalkan kelab itu.-7

-Carlo Ancelotti (2009-11)

Memenangi Liga Perdana dan Piala FA. Pada musim pertamanya, Chelsea berjaya meledak 100 gol. Keberaniannya memberi Blues identiti tersendiri.

Musim keduanya berakhir selepas Ray Wilkins disingkirkan dan Ancelotti dipecat di koridor Everton.-8

-Andre Villas-Boas (2011-12)

Pengendali berbangsa Portugal itu dikatakan akan menjadi Mourinho baru ditugaskan membawa era baru The Blues.

Bagaimanapun dia tidak sependapat dengan pemain senior dan menggugurkan Ashley Cole dan Lampard ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Napoli yang menyaksikan Chelsea tewas 1-3.-3

-Roberto di Matteo (2012)

Dilantik sebagai pengendali sementara yang pada mulanya bertugas membersihkan keadaan kucar-kacir ditinggalkan oleh Villas-Boas.

Sesuatu yang mengejutkan apabila beliau berjaya menjulang Piala FA dan Liga Juara-Juara menewaskan Bayern Munich di final.

Beliau kemudiannya dipecat enam bulan kemudian selepas diberi kontrak dua tahun sebagai pengendali tetap berikutan kekalahan kepada Juventus.-8

-Rafa Benitez (2012-13)

Mencetuskan gelombang kemarahan peminat Chelsea apabila tiba di Stamford Bridge.

Pengendali dari Sepanyol itu gagal menyelamatkan Chelsea daripada tergelincir ke Liga Europa yang akhirnya mereka muncul juara.

Dia bawah kendaliannya, Chelsea menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.-6

 

-Jose Mourinho (2013-sekarang)

Pengendali yang dikenali sebagai Special One kembali menjalinkan hubungan baik dengan Abramovich.

Musim pertamanya tamat tanpa sebarang trofi biarpun mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara. Chelsea memulakan musim terbaik yang pernah dilalui pada kempen musim ini dan hingga sekarang kekal sebagai pasukan yang belum tewas.-7

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:12 AM