Ben risau babak ganas filem Batman vs Superman akan ganggu tidur anaknya. FOTO DAILY MAIL
Susunan Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


New York: Pelakon Ben Affleck melarang anak lelakinya, Samuel yang berusia empat tahun menyaksikan filem dibintanginya, Batman v Superman: Dawn of Justice kerana mengandungi unsur keganasan.

Affleck, 43, yang membawa watak sebagai Batman berkata babak ganas dalam filem diklasifikasikan PG13 itu dikuathiri akan menganggu tidur anaknya.

"Usia anak saya baru empat tahun dan filem itu tidak sesuai untuknya," katanya ketika ditemu bual Associated Press baru-baru ini.

Bagaimanapun, Affleck berkata anak sulungnya, Violet, 10, dibenarkan untuk menonton Batman v Superman: Dawn of Justice walaupun filem itu sesuai untuk penonton 13 tahun ke atas.

"Bagi Samuel, saya terpaksa meminta bantuan penyunting untuk memberi versi filem yang sudah disunting dengan tidak banyak babak ganas," katanya.

Turut membintangi filem Batman v Superman: Dawn of Justice adalah Henry Cavill sebagai Clark Kent manakala pelakon jelita Gal Gadot membawa watak sebagai Wonder Woman.

Filem itu bakal menemui penonton di pawagam Malaysia pada Khamis ini (24 Mac).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 7:10 PM