Mohammed Fadzil pada sidang media hari ini. FOTO Malai Rosmah Tuah
Ardyhansah Amat
am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Polis merampas 3.8 kilogram (kg) dadah jenis syabu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini dalam usaha membanteras pengagihan dan pengedaran dadah di seluruh Sabah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri Superintendan Mohammed Fadzil Rahman berkata, selain syabu, pihaknya turut merampas beberapa jenis dadah lain termasuk ganja, heroin, ketamin, ekstasi, dan eramin 5.

"Berbeza dengan kes tangkapan dadah di negeri lain, syabu adalah dadah yang paling popular dalam kalangan penagih di Sabah yang mana mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi berbanding ganja (411.62 gram) dan heroin (1.6 gram).

"Dalam Op Sarang yang bermula 14 Mac lalu juga, sebanyak 268 kes dan 288 tangkapan yang dilakukan membabitkan dadah jenis syabu," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 43 sarang penagihan syabu di seluruh negeri turut diserbu dan dimusnahkan dalam operasi selama lima hari itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 6:40 PM