FOTO ihsan PPM
Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my


Johor Bahru: Sebanyak 117,600 rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai kira-kira RM64,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam serbuan di sebuah pondok di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor awal pagi ini.

Komander PPPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, tiada tangkapan dilakukan dalam serbuan di pondok berkenaan yang ditinggalkan tanpa penjaga.

Katanya, barang rampasan dibawa ke markas Tektikal PPM Kukup, Pontian untuk tindakan selanjutnya.

"Jumlah keseluruhan rokok pelbagai jenis yang dirampas 117,600 batang dan anggaran nilai rampasan rokok kretek adalah RM5,952 manakala nilai rokok putih adalah RM3,400.

"Duti import rokok yang dirampas berkenaan berjumlah RM 23,520, manakala duti eksais pula berjumlah RM27,742.40 dan cukai jualan mencecah RM3,000," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 10:37 AM