FOTO Maiamalina Mohamed Amin
Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my


Kota Bharu: Seorang pengembala lembu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, terhadap pertuduhan melakukan kelucahan melampau ke atas budak perempuan berusia 10 tahun, Sabtu lalu.

Tertuduh, Ismail Mat Adam, 68, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kampung Belukar Muda, Gunong, Bachok, pada 3.30 petang, 12 Mac 2016.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ainun Zafirah Abd Halim tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan rumah tertuduh dan mangsa yang berdekatan serta mangsa masih di bawah umur.

Namun, tertuduh diwakili peguam bantuan guaman memohon jaminan diberikan mengambil kira dirinya yang uzur dan berpenyakit.

Mahkamah kemudian menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2016 @ 1:02 PM