Tedung selar yang ditangkap malam tadi. FOTO Safuri Kamarudin
Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my


Baling: Ular tedung selar sepanjang empat meter ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di rumah di Kampung Berangan Parit Panjang, di sini, malam tadi.

Ular itu ditemui di depan pintu pada 8.15 malam sebelum pemilik rumah menghubungi JPAM.

Pegawai JPAM Baling Mohd Faizol Ab Aziz berkata,JPAM menerima panggilan daripada penduduk pada jam 8.25 malam dan ke lokasi bersama empat anggota untuk menangkap ular itu.

"Kita mengambil masa 30 minit untuk menangkap ular itu.

"Ular itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Baling pagi tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2016 @ 3:22 PM