JITRA 12 MARCH 2016. (ASM332N) Megat Muslim Megat Abdul Rahmani bersama isteri, Nurul Azhani Azahari bergambar bersama ahli keluarga yang memakai lencana berlambang Akhbar Harian Metro di majlis kenduri kahwin mereka yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Panchor, Jalan Wang Tepus. NSTP/AMRAN HAMID
JITRA 12 MARCH 2016. (ASM332N) Nurul Azhani Azahari memakaikan lencana berlambang Akhbar Harian Metro kepada anak saudaranya, Siti Nurdini Mokhtar sambil disaksikan oleh suami, Megat Muslim Megat Abdul Rahmani serta ahli keluarga di majlis kenduri kahwin mereka yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Panchor, Jalan Wang Tepus. NSTP/AMRAN HAMID
JITRA 12 MARCH 2016. (ASM332N) Buku ucapan, lencana serta kad jemputan berlambang Akhbar Harian Metro sempena majlis kenduri kahwin Megat Muslim Megat Abdul Rahmani bersama pasangan, Nurul Azhani Azahari di Kampung Panchor, Jalan Wang Tepus. NSTP/AMRAN HAMID
JITRA 12 MARCH 2016. (ASM332N) Megat Muslim Megat Abdul Rahmani bersama isteri, Nurul Azhani Azahari melihat rakan-rakan menulis ucapan di buku berlambang Akhbar Harian Metro di majlis kenduri kahwin mereka yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Panchor, Jalan Wang Tepus. NSTP/AMRAN HAMID
JITRA 12 MARCH 2016. (ASM332N) Megat Muslim Megat Abdul Rahmani bersama isteri, Nurul Azhani Azahari menunjukkan kad jemputan serta lencana berlambang Akhbar Harian Metro yang diedarkan kepada tetamu di majlis kenduri kahwin mereka yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Panchor, Jalan Wang Tepus. NSTP/AMRAN HAMID
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

Jitra: Pembaca setia Harian Metro mengabadikan kenangan perkahwinan mereka dengan mencetak kad jemputan perkahwinan, kain rentang dan lencana untuk cenderahati berlambangkan Harian Metro.

Nurul Azhani Azahari, 25, dan Megat Muslim Megat Abdul Rahmani, 29, tidak menyangka idea mereka itu kebetulan pula degan ulang tahun ke-25 tahun Harian Metro.

Azhani berkata, idea itu bermula daripadanya ketika melayari Internet dan terlihat rekaan kad jemputan berkonsep akhbar Harian Metro.

Menurutnya, dia kemudian menempah dengan syarikat pencetakan terbabit dan sebaik siap dia teruja melihat hasilnya dan terus menunjukkan kepada suami yang turut menyukainya.

“Saya tidak sangka tahun ini umur saya 25 tahun sama dengan ulang tahun Harian Metro.

“Ketika mengedar kad perkahwinan itu kepada rakan-rakan mereka pun terkejut dan menyangka saya ditaja Harian Metro.

“Saya menjelaskan kepada mereka sebenarnya itu adalah atas inisiatif saya sendiri dan ternyata ia mendapat maklum balas baik daripada kenalan,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinannya di Kampung Panchor, Wang Tepus, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2016 @ 5:13 PM