Rudy Imran Shamsudin
am@hmetro.com.my

KEGILAN penonton tempatan terhadap Boboiboy The Movie berterusan apabila filem animasi itu catat kutipan RM5 juta, semalam.

Filem terbitan Animonsta Studios dengan kerjasama Grand Brilliance itu sekali lagi mencatatkan jumlah jualan tiket tertinggi RM690,000 di pawagam seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.

Kutipan diperoleh Boboiboy mengatasi kutipan RM500,000 yang dikutip pada hari pertama tayangan, pada 3 Mac lalu.

Melihat sambutan vukup memberangsangkan dari penonton tempatan, Boboiboy dijangka bakal rekod sejarah filem animasi tempatan pertama catat kutipan tertinggi sepanjang tempoh ditayangkan.

Animonsta Studios mensasarkan kutipan RM25 juta.

Boboiboy dijadualkan ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia bermula 13 April ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2016 @ 1:05 PM