TERTUDUH dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Ipoh oleh anggota polis. FOTO L Manimaran
Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my


Ipoh: Penganggur lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya pada Februari lalu.

Tertuduh N Sanderasegaran, 28, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Haslinda A Raof.

Dia dituduh menyebabkan kematian S Durga Devi, 17, di rumah di No 4 Kampung Batu Besi, Ladang Sengat, Simpang Pulai, antara 11 malam 27 Februari hingga 6 pagi 28 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudian menetapkan 11 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan hasil laporan bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2016 @ 11:33 AM