Leia lakonan Carrie Fisher bersama Harrison Ford sebagai Han Solo. FOTO io9.gizmodo.com
Susunan Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Los Angeles: Filem epik Star Wars : The Force Awakens menerima pencalonan paling banyak dalam Anugerah MTV Movie 2016 iaitu 11 kategori termasuk Filem Terbaik.

Bintang filem itu, Daisy Ridley, 23, turut dicalonkan dalam empat kategori iaitu Pelakon Wanita Terbaik, Hero Terbaik, Pencapaian Terbaik dan Babak Pertarungan Terbaik.

Manakala John Boyega, 23, yang memegang watak sebagai bekas Stormtrooper dicalonkan bagi kategori Aksi Terbaik dan Pencapaian Terbaik.

Filem lain yang turut tercalon dalam kategori Filem Terbaik adalah Avengers: Age of Ultron, Creed, Deadpool, Jurassic World dan Straight Outta Compton.

Bakal berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 10 April ini anugerah itu akan dihoskan oleh pelakon Dwayne Johnson dan Kevin Hart.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2016 @ 5:18 PM