BESI bekas pasu yang tertusuk pada tapak kaki mangsa.
BOMBA terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan Mohd Firdaus.
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

Melaka: Seorang juruteknik komputer terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas tapak kaki kanannya tertusuk besi bekas pasu di halaman rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Firdaus Aziz, 27, membersihkan halaman rumah sebelum kakinya terpijak tanah mendap dan tertusuk besi sepanjang tujuh sentimeter yang tertanam di situ.

Menurut sumber, kejadian mengakibatkan besi itu hampir menembusi bahagian atas kakinya dan dia terpaksa berdiri menahan kesakitan sebelum besi berkenaan dipotong anggota bomba.

"Ketika kejadian mangsa yang sedang cuti sakit berada di rumah bersama ibu mentua manakala isterinya Norhazirah Salleh, 28, bekerja.

"Ketika membersihkan halaman rumah secara tiba-tiba kaki kanannya berasa sakit sebaik terpijak bahagian tanah mendap, cubaannya mengeluarkan besi itu tidak berjaya sehingga terpaksa meminta bantuan anggota bomba," katanya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 5:15 AM