PEGAWAI Kastam menunjukkan ganja mampat yang dirampas. FOTO Hafizudin Mohd Safar
Hafizudin Mohd Safar
am@hmetro.com.my


Padang Besar: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 88 kilogram (kg) ganja mampat selepas menahan lelaki warga Thailand di Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, 9.30 pagi tadi.

Pengarah JKDM Perlis Kamarudin Jaafar berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan ketika memandu kereta menggunakan nombor pendaftaran Thailand dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan awal menjumpai beberapa bungkusan plastik di dalam kereta terbabit dipercayai dadah jenis ganja.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 88 paket plastik dipercayai ganja mampat seberat 88 kg yang disembunyikan di belakang tempat duduk penumpang.

€œNilai rampasan dadah itu dianggarkan sebanyak RM308,000.

“€œLelaki itu kini direman 14 hari untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 3:53 PM