TERHARU Usher sudi berkolaborasi dengannya.
Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


Bukan semua merestui keputusan penyanyi berbakat besar ini mengembangkan sayapnya ke luar negara. Bahkan, sehingga kini masih ada yang ragu-ragu kemampuan Yuna mengukir nama di persada muzik Amerika Syarikat (AS).

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 29, tidak putus berusaha ‘menjual’ muziknya di negara itu. Pelbagai dugaan ditempuhinya bersendirian di Los Angeles (LA) yang menjadi pangkalannya kini.

Meskipun dihujani kata-kata sinis, Yuna tidak pernah berputus asa kerana dia tahu apa yang dilakukannya itu demi mengharumkan nama negara.

“Saya gembira apabila peminat tempatan mahu saya kembali ke tanah air. Jika ada kelapangan, saya akan pulang untuk menjenguk peminat.

“Buat masa sekarang, mereka kena faham saya mahu menyelesaikan apa yang saya mulakan di sini (AS). Sayang kalau peluang depan mata tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. Saya mahu buat yang terbaik.

“Saya lakukan semua ini bukan untuk kepuasan diri, sebaliknya demi peminat, industri muzik kita dan paling penting mahu harumkan nama negara tercinta,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 7:29 AM