Harun Yahya
am@hmetro.com.my


Petra Jaya: Penyanyi dan bintang program Mentor, Ila Damiaa, 27, sah bergelar isteri kepada pasangannya, Abang Mohd Sahril Abang Spian, 27, dalam satu majlis tertutup di Dewan Hikmah, di sini, pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh ayah Ila Damiaa, Johar Allen pada 9.20 pagi.

Pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dan mas kahwin sebanyak RM120.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri teman rapat dan keluarga terdekat kedua pihak.

Adik kepada Adi Cats FM ini adalah protege kepada Joe Flizzow dalam program realiti TV Mentor dan terkenal dengan lagu seperti 'Untukmu' dan 'Malaysian Boy'.

Ila mula mengenali Sahril ketika di sekolah menengah dan mula rapat apabila sama-sama belajar di Politeknik Kuching pada 2007.

Sahril bekerja sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di syarikat tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Mac 2016 @ 2:28 PM
ABANG Mohd Sahril dan Ila Damiaa. FOTO Harun Yahya
ILA Damiaa dinikahkan sendiri oleh ayahnya, Johar. FOTO Harun Yahya