Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Filem animasi Boboiboy: The Movie mencatat kutipan memberangsangkan iaitu RM500,000 pada hari pertama tayangannya semalam.

Pengarahnya, Nizam Razak, 33, ketika dihubungi terkejut dengan pencapaian positif itu.

“Saya tidak sangka filem animasi tempatan mampu meraih kutipan sebanyak itu pada hari pertama tayangan.

“Kami menyasarkan kutipan akan meningkat pada hujung minggu memandangkan karya ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

“Ternyata golongan remaja menjadi penyumbang besar kutipan tiket dan semoga angka itu terus meningkat apatah lagi cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi,”katanya.

Menurut Nizam, dia yakin Boboiboy: The Movie mampu mencipta fenomena tersendiri apabila tiket filem itu habis dijual di beberapa lokasi.

“Untuk tayangan hujung minggu ini, tiket di beberapa panggung sekitar Lembah Klang, Johor, Kedah dan Terengganu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2016 @ 9:29 PM
Boboiboy: The Movie catat kutipan RM500,000 pada hari pertama tayangan. FOTO Aizuddin Saad