Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

Kota Bharu: Dia pernah bekerja sebagai chef di sebuah hotel terkemuka di ibu negara selama tiga tahun, namun disebabkan minat mendalam terhadap perniagaan, Shahrizal Husin, 26, memilih pulang ke kampung halaman di Tumpat dan memulakan perniagaan kecil-kecilan menggunakan motosikal.

Shahrizal sanggup mengambil risiko menukar kerjaya yang sudah stabil kepada pilihan tidak popular dengan menjadi penjual barangan keperluan secara bergerak.

Selain itu, dia juga melakukan dua lagi pekerjaan bagi menampung kehidupan termasuk membuat roti pada tengah hari untuk dijual bersama barang keperluan dan menjual burger di depan rumah di Kampung Kok Keli, Tumpat pada waktu malam.

Menurutnya, dia tidak menyesal bergelumang dengan bau hanyir ikan dan ayam serta berpanas menaiki motosikal kerana itu lebih memberi kepuasan kepadanya.

“Sudah dua tahun saya buat kerja ini dan Alhamdulillah saya mampu memperoleh RM100 sehari, lebih lumayan dibandingkan ketika saya makan gaji dengan kos hidup tinggi di kota besar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2016 @ 8:07 AM
SHAHRIZAL memeriksa barang jualan ketika ditemui di Pasar Siti Khadijah.