XIAOMI MI 5
Oleh Afiq Hanif (yang mengikuti pelancaran produk baru di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2016 di Barcelona)
afiq_hanif@hmetro.com.my


Xiaomi memperkenalkan telefon pintar ‘flagship’ terbarunya, Mi 5 yang mempunyai rekaan gelas di keliling dan menggunakan pemprosesan Snapdragon 820 dengan gandingan RAM 4GB jenis LPDDR4.

Ia mempunyai paparan 5.5 inci jenis HD yang mempunyai kepadatan piksel sehingga 427ppi.

Kamera belakang menempatkan sensor Sony IMX928 mempamerkan resolusi 3 megapiksel dengan teknologi fokus automatik jenis PDAF selain kamera depan 4.0 megapiksel.

Pengimbas cap jari disediakan namun tiada slot kad mikroSD.

Storan pula ditawarkan pada 32GB atau 64GB yang masing-masing dijual pada harga RMB1999 (RM1,286) dan RMB2299 (RM1,491).

Terdapat tiga warna ditawarkan termasuk putih, hitam dan emas.

INFO

XIAOMI MI 5

- Harga: Anggaran bermula RM1,286

- Skrin: 5.15 inci 1080 x 1920

- OS: Android 6.0RAM: 3GB / 4GB (edisi Pro)

- CPU: Dual-core 1.8 GHz Kryo & dual-core 1.6 GHz Kryo, Dual-core 2.15 GHz Kryo & dual-core 1.6 GHz Kryo (edisi khas)

- Set cip: Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820

- Kamera: 16MP, 4MP

- Kenipisan: 7.3mm

- Memori dalaman: 32/64GB, 128GB (edisi Pro)

- Bateri: 3000mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 11:58 AM