SAMSUNG GEAR 360
Oleh Afiq Hanif (yang mengikuti pelancaran produk baru di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2016 di Barcelona)
afiq_hanif@hmetro.com.my


Samsung akan membawa masuk kamera Gear 360 yang memungkinkan rakaman imej pada 360 darjah dengan dua lensa jenis ‘fisheye’ di depan dan belakang yang kedua-duanya beresolusi sehingga 30 megapiksel.

Ia dipasangkan dengan aplikasi khas yang memproses imej dan boleh dipindah turun ke YouTube, Facebook atau Google Street View.

Pengguna juga boleh merakam video sudut lebar sehingga 180 darjah dan imej dengan hanya menggunakan satu sisi lensa kamera.

Dibina untuk merakam pada bila-bila masa, Gear 360 menawarkan lensa F2.0 yang mewujudkan imej resolusi tinggi walaupun dalam keadaan cahaya rendah membolehkan pengguna membuat video panorama penuh.

Dengan reka bentuk sefera, Gear 360 mempunyai tripod yang mesra pengguna dan juga serasi dengan pilihan lebih luas untuk aksesori yang boleh didapati di pasaran.

Apabila Gear 360 dipadankan dengan telefon pintar Samsung, pengguna akan dapat pratonton kandungan dalam masa sebenar ketika rakaman.

INFO

SAMSUNG GEAR 360

- Harga: Belum diumumkan

- Kamera: CMOS 15MP fisheye

- Pemprosesan: DRIMe5s

- Video: MP4 (H.265), Dwi Lensa: 3840x1920 (30fps)

- Memori: slot kad mikroSD hingga 128GB

- Paparan: 0.5 inci PMOLE

- Ciri: IP53

- Aplikasi: Samsung Gear 360

- Sambungan: WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4/5GHz), WiFi Direct, BT v4.1, USB 2.0, NFC

- Sensor: Accelerometer, giroskop

- Dimensi: 66.7x56.2x60 mm

- Berat: 153g

- Bateri: 1350mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 11:47 AM