PENGARAH Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim (kiri) bersama Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim (tiga dari kanan) melihat bot Amphibious Sealegs selepas majlis penyerahan tiga buah bot itu di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Tumpat. FOTO Syamsi Suhaimi
Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


Tumpat: Kementerian Dalam Negeri menyerahkan tiga buah bot Amphibious Sealegs bernilai RM2.4 juta kepada pasukan Polis Marin Wilayah Tigadi Markas Operasi Pasukan Polis Marin PDRM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, di sini, tadi.

Bot diserahkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Muhammad Fuad berkata, penyerahan bot buatan New Zealand ini bukti kesungguhan pucuk pimpinan pasukan Polis Diraja Malaysia untuk memantapkan keupayaan aset pasukan Polis Marin.

"Bot ini boleh digunakan dalam operasi permasalahan maritim yang kian kompleks.

"Selain itu, ia boleh digunakan dalam misi menyelamat mangsa banjir di Kelantan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 1:24 PM