Chai Yi memangku bayinya, Belvis Loo sambil ditemani suami Gavin Loo Zhi Yong dan ahli keluarga yang lain. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Redzuan Muharam
am@hmetro.com.my


Johor Bahru: Seramai 24 bayi 29 Februari dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Pakar Puteri KPJ, di sini, pagi tadi.

Kelahiran bayi terbabit dianggap istimewa kerana mereka bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada tarikh itu empat tahun sekali.

Kelahiran mereka bukan sahaja disambut gembira oleh ibu bapa, malah turut diraikan pengurusan hospital.

Di Hospital Pakar Puteri KPJ , dua bayi lelaki yang dilahirkan menerima hamper disampaikan oleh Pengurus Operasi Hospital Pakar Puteri KPJ Muhammad Tareq Mamat.

Bayi pertama, Belvis Loo dilahirkan pada jam 9.16 pagi diikuti Won Zhu Yuang selang 37 minit kemudian.

Kedua-duanya dilahirkan secara normal dengan berat 3.08 kilogram dan 3.44 kilogram.

Mereka juga dilahirkan lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 5:27 PM