MARECZKO (kiri) memenangi peringkat keenam dari Putrajaya ke Rembau. FOTO Asyraf Hamzah
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


Rembau: Pelumba Southeast-Venezuela, Jakub Mareczko menjuarai peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 yang berakhir di Dataran Rembau, Negeri Sembilan hari ini.

Mareczko mengatasi cabaran pelumba lain untuk menamatkan laluan sejauh 147.6 kilometer dari Putrajaya dengan masa tiga jam 34 minit 01 saat.

Tempat kedua diraih pelumba Tinkoff, Juraj Sagan manakala Dylan Page daripada Team Roth di tempat ketiga dalam saingan yang menyaksikan perlumbaan tamat dalam kelompok besar.

Harrif Saleh daripada Terengganu Cycling Team (TSG) muncul pelumba tempatan terbaik apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Pelumba daripada 22 pasukan akan meneruskan saingan peringkat ketujuh esok sejauh 202.3 kilometer dari Seremban ke Parit Sulong, Johor.

LTdL edisi ke-21 mempertandingkan lapan peringkat perlumbaan membabitkan jarak sejauh 1179 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 3:59 PM
Skip this ad x