Dua daripada lima nelayan Thailand yang terselamat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Bachok: Seorang lagi mangsa bot terbalik ditemui di tepi pantai dekat Kampung Damak, di sini, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Mangsa, nelayan warga Thailand dikenali Suthai Yongwai, 50, ditemui dalam keadaan lemah sebelum dibantu petugas operasi dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, terdahulu rakan mangsa Sum Samai, 32, ditemui di Kampung Nipah, di sini, pada 6 pagi.

"Kita masih meneruskan operasi babitkan pelbagai agensi untuk mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa.

"Bot mereka dalam perjalanan dari Takbai ke Tok Bali, Pasir Puteh terbalik dipukul ombak pada 10 pagi kira-kira dua batu nautika dari Pantai Nipah, di sini," katanya ketika ditemui, di sini.

Abdul Hamid berkata, mangsa yang terselamat kerana bergantung kepada boya dan pelampung pada bot mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 1:59 PM