Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Seorang nelayan warga Thailand selamat, manakala empat rakannya dikhuatiri lemas selepas bot mereka terbalik dipukul ombak, malam tadi.

Difahamkan bot nelayan dengan nombor pendaftaran tempatan itu terbalik dekat perairan Tok Bali.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Muhammad Khairu Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.57 pagi.

"Kita dimaklumkan seorang nelayan warga Thailand berusia 30-an hanyut dan hanya bergantung kepada boya. Dia selamat mendarat di Pantai Kampung Nipah, Bachok kira-kira 6 pagi.

"Kita sedang usaha mencari empat rakannya yang dikhuatiri lemas sekitar perairan sini dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) juga digerakkan," katanya.

Beliau berkata, lebih lapan anggotanya terbabit operasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 11:28 AM