BAWA watak Kapten James Kirk untuk filem tayangan sempena ulang tahun ke-50 francais Star Trek.
Susunan Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Selepas The Finest Hours, bintang Hollywood, Chris Pine bakal membintangi dua filem iaitu Comancheria dan Star Trek Beyond yang akan menemui peminat tahun ini.

Baru-baru ini, pelakon berusia 35 tahun itu kini sibuk dengan penggambaran filem superhero baru, Wonder Woman yang dijangka ke pawagam tahun depan.

Memegang watak sebagai pegawai tentera Steve Trevor, Pine berkata, filem Wonder Woman arahan Patty Jenkins padat dengan nilai belas kasihan dan kasih sayang.

“Cara mengarah dan penyampaian kisah Wonder Woman sangat berbeza kerana pengarahnya seorang wanita.

“Berbanding pengarah lelaki, filem itu pasti mengandungi kisah balas dendam,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 5:56 AM