SULTAN Ibrahim berkenan menyampaikan replika cek kepada johan tilawah al-Quran peringkat Negeri Johor kepada Muhammad Zakiudin.
Oleh Ibrahim Isa dan Shaifulazhar Misri
am@hmetro.com.my


Muar: Semua pendakwah perlu menghormati undang-undang dan mendapatkan tauliah daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebelum memberi ceramah di negeri ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam di bawah kuasa negeri dan sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing.

“Malah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 memperuntukkan dengan jelas sultan adalah ketua agama bagi negeri Johor Darul Ta’zim.

“Tetapi sejak kebelakangan ini, beta dapati ada pihak suka mencampuri kuasa agama di negeri sedangkan mereka hanya mempunyai bidang kuasa di negeri masing-masing,” titah baginda pada majlis perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-60 di Dataran Tanjung Emas di sini, semalam.

Turut mencemar duli Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 8:24 AM