ASUS ROG GR8
Oleh Afiq Hanif
afiq_hanif@mediaprima.com.my

ASUS di bawah jenama khusus untuk permainan, Republic of Gamers (ROG) memperkenalkan PC menarik, GR8 yang mempunyai saiz seakan konsol 'game'.

Namun, di sebalik saiz kompak terbabit, GR8 hebat dilengkapi ciri perkakasan berkuasa tinggi yang sesuai untuk kaki 'game' termasuk CPU Intel Core i7 dan grafik NVIDIA GeForce GTX 750Ti selain RAM yang boleh disambungkan sehingga 16GB.

Peranti yang lengkap dengan sistem operasi Windows 8.1 kelihatan sudah mula menemui pengguna di pasaran Malaysia sekarang.

INFO

ASUS ROG GR8

Harga: RM3,388

CPU: Intel Core i7

Grafik: NVIDIA GeForce GTX 750Ti

RAM: Sehingga 16GB

Jenis cakera keras: SSD atau 2.5"

OS: Windows 8.1

Format disokong: Miracast

Paparan: 4K/UHD

Kesediaan: Tetikus optikal ROG Gladius dan papan kekunci mekanikal M801.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:04 AM