Nor Azura Abdul Jalil
zura_jalil@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Tian Chua diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan  memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, tiga tahun lalu.

Hakim Abdul Rashid Daud memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mengikut pertuduhan, Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang, 53, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 dan 26 April ini untuk sambung bicara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 11:22 AM