ANGGOTA Bomba memadamkan kebakaran rumah kongsi. FOTO ihsan Bomba
Ayusliza Azizan
hmetroshahalam@hmetro.com.my


Shah Alam: Rumah kongsi yang didiami 50 pekerja asing musnah dijilat api di U1/8 Jalan Temasya, Glenmarie, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu rumah kongsi berkenaan terbakar sepenuhnya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, bagaimanapun tiada berlaku kecederaan atau kemalangan jiwa.

"Seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dan Subang Jaya terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

"Kebakaran berjaya dikawal 12 tengah hari dan punca kebakaran masih dalam sisatan," katanya kepada Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2016 @ 5:10 PM