MOHD Hasdi menyerahkan dokumen penyerahan gajah kepada Ching Yang (kiri). FOTO Syahirah Abdullah
Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my


Hulu Terengganu: Gajah jantan berusia lima tahun selamat dipindahkan dari Pusat Konservasi Gajah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Sungai Dekar, di sini, ke Perkampungan Konservasi Gajah Tasik Kenyir (KECV), 11.20 pagi tadi.

Gajah berkenaan ditangkap di FELDA Cherul, Kemaman pada November tahun lalu dan dilatih selama tiga bulan di Pusat Konservasi Gajah Sungai Dekar sebelum dipindahkan ke KECV untuk pameran umum.

Pengarah PERHILITAN Terengganu, Mohd Hasdi Husin menyerahkan gajah berkenaan kepada Pengarah Urusan KECV, Ang Ching Yang dalam satu majlis ringkas.

Mohd Hasdi berkata, penyerahan gajah itu yang pertama selepas perjanjian persefahaman antara jabatan terbabit dengan kerajaan negeri.

"Berdasarkan perjanjian sebanyak 30 ekor gajah perlu ditempatkan ke KECV dalam tempoh dua hingga tiga tahun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2016 @ 4:44 PM