NUIZATO (kiri) menunjukkan

Sharp-Roxy Sales and Services Company (Malaysia) Sdn Bhd (SRSSC) memperkenalkan sistem rumah pintar, Cloud SmartHome System yang dihubungkan dengan konsep perkomputeran 'cloud'.

Pengarah Urusannya, Hiroyuki Nuizato, berkata, keputusan untuk memperkenalkan produk itu di pasaran tempatan dilakukan berdasarkan keupayaan prasarana Internet di negara ini yang semakin matang.

"Sudah pasti dengan kadar penggunaan jalur lebar dijangkakan pada 75 peratus tahun ini manakala penggunaan peranti pintar yang tinggi pada kadar 70 peratus adalah indikator terbaik untuk kami menceburi segmen baru," katanya.

SHARP Cloud SmartHome System mudah dipasang dan dipantau melalui platform telefon pintar seperti iOS dan Android.

Sistem itu membolehkan pelanggan melantik hingga lima penama diberi kuasa untuk mengaksesnya.

Sekiranya berlaku pecah rumah, pengguna dan penama akan dimaklumkan serta-merta dan pada masa sama akan merakam apa yang berlaku secara automatik.

Rakaman boleh disimpan pada pemacu setoran, tidak pada perkomputeran awan bagi mengelak rakaman daripada diakses penggodam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:01 AM