Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Barcelona (Sepanyol): Samsung melancarkan tiga produk pada acara Unpacked 2016 sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC), awal pagi tadi.

Antara produk yang dilancarkan termasuk telefon pintar Samsung Galaxy S7, S7 edge dan kamera berbentuk bulat, Gear 360.

Ia mengembalikan semula slot kad memori mikroSD pada dua telefon terbabit yang mampu menampung kapasiti sehingga 200GB manakala kemampuan bateri ditambah kepada 3000 serta 3600mAh bagi S7 dan S7 edge.

Menariknya, Samsung juga menetapkan ciri IP68 pada kedua-duanya yang menjadikannya kalis air dan habuk.

Kemampuan kamera pula lebih baik apabila apertur seluas f1.7 memasukkan lebih banyak cahaya untuk merakam lebih jelas dalam situasi yang gelap.

Sementara itu, kamera Gear 360 memungkinkan rakaman imej pada 360 darjah dengan dua kamera jenis 'fisheye' di depan dan belakang yang mana kedua-duanya beresolusi sehingga 30 megapiksel.

Ia dipasangkan dengan aplikasi khas yang memproses imej dan boleh dipindah turun ke YouTube, Facebook atau Google Street View.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2016 @ 4:22 PM
TELEFON pintar Samsung Galaxy S7 Edge. FOTO AP
TELEFON pintar Samsung S7 (kiri) and S7 edge baru dipamerkan. FOTO Reuters