ANGELINA Jolie.

Memiliki lima anak, siapa sangka aktres Angelina Jolie sebelum ini tidak pernah teringin untuk menjadi ibu.

Angelina akui dia pelik kerana tidak pernah terfikir untuk hamil dan melahirkan anak kemudian menjaga mereka.

“Memang saya tidak pernah membayangkan untuk menjadi ibu. Namun semua itu berubah ketika saya menyertai program United Nations Development Programme (UNDP) di Kemboja.

“Saya bermain dengan pelajar sekolah rendah dan saat itu saya sedar anak lelaki saya ada di sini,” katanya.

Angelina mengambil Maddox, 14, sebagai anak angkatnnya pada 2002 setahun selepas membuka pusat perlindungan, pendidikan dan bantuan di daerah pedalaman Batambang, Kemboja.

“Kali pertama saya menjejakkan kaki di Kemboja, negara itu banyak mengubah perspektif saya mengenai kehidupan. Saya sedar, masih banyak kisah sejarah yang saya tidak tahu dan tidak diajar di sekolah,” katanya.

Selepas menjadikan Maddox dan Zahara sebagai anak angkat, akhirnya pada 2006, Angelina menjadi ibu apabila melahirkan Shiloh dan kemudian kembar, Vivienne Marcheline dan Knox Leon pada 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2016 @ 5:03 AM