FOTO Muhd Zaaba Zakeria
FOTO Muhd Zaaba Zakeria
FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lebih dua ribu tetamu menghadiri Majlis Tahlil dan Kesyukuran sempena 40 tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam politik di Dewan Tun Razak 1, PWTC, malam tadi.

Antara majlis diadakan adalah doa kesyukuran selepas solat Maghrib yang diimamkan oleh Sheikh Mohd Idris Mohd Al-Mashrafi dari Makkah sebelum tahlil dan bacaan Yasin.

Acara kemudian diteruskan dengan solat Isyak dan hajat sebelum majlis makan malam dan ucapan.

Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di PWTC, pada jam 7.10 malam.

Mereka disambut timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama menteri Kabinet dan kepimpinan tertinggi UMNO.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2016 @ 10:34 PM