ABDUL Rozak (kiri) menunjukkan perkakas yang dirampas. FOTO Noorazura Abdul Rahman
Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


Pasir Puteh: Enam lelaki Geng Buyat yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan curi motosikal ditahan dalam serbuan berasingan sekitar sini, 4 pagi hingga 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia 26 hingga 51 tahun itu ditahan dalam operasi Ops Pintu dan Ops Lejang.

Katanya, penahanan itu membolehkan lebih 10 kes pecah rumah dan curi motosikal diselesaikan membabitkan kerugian lebih RM50,000.

Beliau juga berkata, dua motosikal, tujuh mesin rumput, empat mesin pemotong besi dan masing-masing satu komputer riba dan peti sejuk dirampas susulan tahanan itu.

Suspek direman empat hari serta disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 291 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana air kencing positif dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 7:28 PM