PEK produk SYG terdiri daripada empat produk penjagaan kulit.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my


Menggunakan formula yang dirumus khas dari Jepun dan Korea, rangkaian barangan penjagaan wajah keluaran tempatan, SYG, setanding produk bertaraf antarabangsa dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dirumus untuk menyelesaikan pelbagai masalah kulit, rangkaian kosmetik itu yang terdiri empat produk penjagaan kulit, mempunyai kandungan bagi merawat kulit kering, kusam, jerawat dan berminyak.

Empat produk berkenaan terdiri daripada pencuci, penyegar, krim malam dan krim siang, membantu merawat dan mencegah masalah kulit selain ‘meremajakan’ wajah.

Penggunaan bahan semula jadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia, membuatkannya sesuai digunakan semua peringkat usia termasuk mereka yang memiliki kulit wajah sensitif.

Bahan kandungan utamanya ialah yis, minyak tea tree, ekstrak daun peria dan eskstrak rumpai laut untuk memberi warna kulit lebih sekata, bebas jerawat, liang roma mengecil dan melembapkan wajah.

Pembungkusannya juga menggunakan teknologi terkini dan lebih terjaga dari segi kebersihan kerana setiap bekasnya perlu ditekan untuk mengeluarkan kandungannya termasuk krim siang dan malam.

Mampu menunjukkan hasil dalam tempoh kira-kira satu minggu hingga sebulan bagi pemakaian yang konsisten, pek yang mengandungi empat produk itu dijual pada harga RM219 setiap satu.

Dipasarkan melalui Instagram/SYGskincare, produk berkenaan juga memiliki sijil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 9:55 AM