Oleh Ruhaiza Rusmin

Industri kewangan di negara ini me­ngalami transformasi pesat dalam sistem kewangan Islam.

Kewangan Islam antara 10 Projek Permulaan (EPP) yang bakal menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara mengikut Rancangan Malaysia ke-10 sekali gus mewujudkan 275,400 peluang pekerjaan baru menjelang 2020.

Perkembangan positif itu menyebabkan permintaan terhadap modal insan mahir turut meningkat dan pada 2020, kewangan Islam mampu mewujudkan 12,000 peluang pekerjaan baru sekali gus membantu usaha kerajaan menjadikan negara hab global kewangan Islam.

Di peringkat global, Malaysia menduduki tang­ga kelima dalam sektor kewangan Islam Malaysia selepas Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, Kuwait dan Qatar.

Melihat potensi bidang ini, Management & Science University (MSU) menawarkan peluang kepada pelajar berminat me­ngikuti program Kewangan Islam pada peringkat diploma.

Antara bidang kerjaya boleh diceburi ialah juru analisis kewangan, juru audit, remiser, penasihat pelaburan, penasihat kewangan, pegawai bank, perancang kewangan dan kaunselor.

Terkenal dengan visi untuk mencerna kecemerlangan dan kejayaan kepada graduan, MSU menjadi platform terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu. Sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee dengan suasana pembelajaran kondusif memberi bonus kepada pelajar.

Program pengajian MSU direka khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran serta memperkasakan pengalaman pembelajaran pelajarnya melalui aktiviti kokurikulum yang meleng­kapi mereka de­ngan nilai etika dan moral

Selain itu, peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dan peluang mendapat pekerjaan mudah selain MSU mempunyai kerjasama erat de­ngan majikan daripada sektor swasta serta kerajaan.

Input industri yang diperoleh melalui University Industry Advisory Panel (UIAP) pula memastikan silibus program pengajian di MSU relevan bagi pelajar apabila menceburi pasaran kerjaya.

Di MSU, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat antarabangsa melalui Global Mobility Programme (GMP).

Melalui GMP, pelajar mempunyai pilihan mendapat pendedahan antarabangsa menerusi rakan universiti global MSU membabitkan lebih 40 universiti di seluruh dunia seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Jepun, Republik Czech, Poland, New Zealand, India dan Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Oktober 2014 @ 2:01 AM