PELAJAR MSU bangga dan gembira bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika program GREAT, baru-baru ini.

Bertujuan memberi pendedahan dan mendidik pelajar supaya lebih memahami konsep keusahawanan, 40 siswa MSU berpeluang menghadiri program Gabungan Rakan Usahawan Aspirasi Terhebat (GREAT), baru-baru ini.

Program anjuran Kementerian Kewangan dan Unit Strategi itu mengumpulkan pakar dan peng­gerak industri daripada pelbagai sektor bagi membangunkan jaringan usahawan ke peringkat lebih tinggi.

Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar MSU, Amirah Hasanah Rosli berkata, menerusi program itu, mereka berpeluang meluaskan pengetahuan mengenai bidang keusahawanan di samping memperoleh pelbagai maklumat baru.

"Sebagai sebuah institusi yang sering menekankan konsep keusahawanan, pendedahan itu amat bermanfaat.

"Kami memperoleh pelbagai maklumat dan pengalaman baru, selain berpeluang menimba panduan dengan usahawan yang berjaya.

"Ia pasti membantu memperkukuhkan proses pembelajaran sekali gus memudahkan pemahaman ketika melaksanakan program berbentuk keusahawanan nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Oktober 2014 @ 2:00 AM