PASUKAN Astana Pro Team giat jalani latihan sebelum LTdL bermula.
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


Shah Alam: Astana Pro Team lebih ‘bernafsu’ pada edisi ke-21 Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bermula penghujung bulan ini apabila meletakkan sasaran memenangi gelaran individu keseluruhan buat kali pertama.

Tumpuan tidak lagi terarah kepada pakar pecut mereka Andrea Guardini yang sudah memenangi dua gelaran Raja Pecut di LTdL sebelum ini, sebaliknya fokus menjurus kepada pelumba dari Columbia Miguel Angel Lopez.

Pelumba berusia 21 tahun itu melakar kejutan dengan menewaskan beberapa pelumba ternama untuk meraih gelaran di Tour de I’Avenir dan Tour de San Luis.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL Emir Abdul Jalal mendedahkan kelebihan dimiliki Astana itu ketika mengumumkan senarai pelumba untuk 22 pasukan bertanding.

Namun ia bukan sesuatu yang mudah kerana Emir menjangkakan juara Eropah Bawah 23 tahun, Eric Baska dari Tinkoff akan jadi penghalang selain cabaran Janez Brajkovic dan Daniel Jaramillo (Unitedhealthcare Profesional Cycling Team) serta Francisco Mancebo (Skydive Dubai Pro Cycling Team) yang memenangi Jelajah Malaysia tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2016 @ 5:45 AM