LUAH perasaan bukan mudah untuknya sampai ke tahap sekarang.
Susunan Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


Takhta Taylor Swift, 26, belum mampu digugat sesesiapa apabila bintang terkenal ini sekali lagi meraih trofi Album Terbaik pada Grammy Awards ke-58 yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan penyanyi lagu Blank Space itu mengetepikan calon handalan lain termasuk Kendrick Lamar, The Weeknd, Alabama Shakes dan Chris Stapleton.

Menerusi ucapan kemenangannya, Swift yang pernah memenangi kategori sama pada Grammy ke-53 (2010) meluahkan bukan mudah untuknya sampai ke tahap sekarang.

“Sebagai penyanyi wanita pertama yang dua kali menang kategori ini, saya ingin berpesan kepada wanita lain bahawa akan ada manusia yang cuba pertikai kejayaan dan ambil kesempatan terhadap pencapaian kamu.

“Jangan ambil pusing kata-kata mereka kerana ia langsung tidak membantu kamu. Ingatlah, kamu berjaya kerana diri sendiri dan sokongan insan yang menyayangi kamu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2016 @ 5:36 AM