NOOR Irsyad bersama ibu, Nurhayati Sitor dan bapa, Basiran Sarni melihat sijil dan anugerah yang diterimanya.
Oleh Ahmad Fadzly Esa
hmetroshahalam@hmeetro.com.my


Shah Alam: Seorang remaja yang dahulunya menderita penyakit ‘sawan tarik’ bagaimanapun berjaya dinobatkan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 peringkat Selangor.

Noor Irsyad Basiran, 19, yang juga pelajar Sekolah Agama Menengah Jeram, Kuala Selangor menerima anugerah pelajar cemerlang lelaki peringkat negeri selepas memperoleh keputusan ‘Mumtaz Sofi’.

Menurutnya, selain tidak pernah kenal erti putus asa, kejayaan itu berkat doa ibu bapa dan guru demi mencapai cita-cita melanjutkan pengajian di universiti di Madinah satu hari nanti.

“Saya mengulang kaji seperti biasa tetapi paling penting ialah perbincangan bersama rakan sekelas kerana ia dapat mengasah ingatan kita terhadap pelajaran. Kami juga membantu rakan lain yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran.

“Saya percaya apabila kita mengajar mereka, secara tidak langsung kita dapat beri ilmu kepada rakan dan paling utama sekali kepada diri kita sendiri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 7:32 AM