SATHIA mahu bekas majikan henti berdalih, bayar segera tunggakan gaji.
Oleh Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: B Sathianathan mengharapkan Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (PBATM) tidak lagi ‘auta’ apabila berjanji akan menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain dan jurulatih dalam tempoh 90 hari bermula bulan ini.

Beliau yang juga bekas pengendali ATM berkata, persatuan itu pernah berjanji untuk melunaskan gaji tertunggak, namun semuanya hanya ‘indah khabar dari rupa’ apabila gagal menunaikannya.

Semalam, Presiden PBATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, mereka akan melunaskan segera semua gaji pemain dan pegawai pasukan musim lalu.

“Kalau beliau (Presiden PBATM) sendiri bagi tempoh 90 hari, baguslah kerana kenyataan dan janji itu datang dari mulutnya sendiri.

“Masalahnya sebelum ini, segala isu berbangkit mengenai pasukan adalah dari pegawai bawahan. Jika orang bawah cakap saya rasa mereka mungkin ‘auta’ lagi. Tapi kalau beliau yang katakan begitu, saya harap isu ini dapat diselesaikan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 6:26 AM