TIGA kali dicalonkan bagi kategori sama sebelum ini.
Susunan Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Seperti diramalkan, The Revenant arahan Alejandro Gonzalez Inarritu dinobatkan filem terbaik British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) yang berlangsung di Ro­yal Opera House, London, semalam.

Lebih bermakna, pengarah kelahiran Mexico itu turut diangkat sebagai Pengarah Terbaik, menewaskan empat pesaing terdekatnya iaitu Steven Spielberg, Ridley Scott, Todd Haynes dan Adam McKay.

Filem The Revenant yang diangkat daripada kisah benar di Amerika Syarikat pada era 1800 turut memenangi kategori Sinematografi Terbaik dan Kesan Bunyi Terbaik.

Istimewanya, filem epik survival itu turut melayakkan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio menerima trofi BAFTA pertamanya bagi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik selepas tiga kali dicalonkan bagi kategori sama sebelum ini.

Nampaknya tahun ini membawa tuah kepada Inarritu selepas membawa pulang tiga Anugerah Golden Globe bagi filem The Revenant pada Januari lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 6:12 AM