NELY (kanan) dan Qi. FOTO fail NSTP Munira Abdul Ghani
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelakon Nelydia Senrose, 22, menafikan dia dan bekas kekasihnya yang juga pelakon, Qi Razali, 39, kembali bercinta.

Menurut Nelydia yang mesra dengan panggilan Nely, selepas putus cinta pada hujung Ogos tahun lalu, mereka sekadar berhubung mengenai kerja.

"Walaupun sudah putus, kami tidak pernah bermusuh. Hubungan kami masih baik dan sesekali kami bercakap soal kerja dan tidak lebih dari itu.

"Namun, saya tidak mahu terlalu bercakap mengenai perkara ini kerana kita tidak tahu bagaimana keadaan pada masa akan datang," katanya kepada Harian Metro.

Nelydia berkata demikian selepas timbul desas-desus mengatakan dia akan berkahwin tahun ini.

“Kalau betul saya nak kahwin dalam masa terdekat ini, sudah tentu sekarang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Sebaliknya saya kini sibuk di lokasi penggambaran," katanya yang terbabit dengan penggambaran drama Jasmine.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 8:44 PM