ANGGOTA bomba memotong besi pagar menggunakan pemotong besi. FOTO ihsan Bomba
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Kanowit: Wanita meraung kesakitan apabila lengan kanannya tertusuk besi pintu pagar rumahnya di Kampung Muhibbah di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, lengan kanan Juliana Christine James, 29, tertusuk besi pagar sedalam kira-kira enam sentimeter.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, mangsa dikatakan tergelincir ketika membuka kunci mangga di luar rumah.

"Ahli keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

"Anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong besi pagar menggunakan pemotong besi.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pembantu perubatan untuk dihantar ke Hospital Kanowit bagi mengeluarkan besi yang masih tertusuk pada lengannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 5:19 PM