Tajuddin pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Meremajakan Pertubuhan Peladang, hari ini. FOTO Meor Riduwan Ahmad
Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)menyasarkan penyertaan golongan muda dalam pertubuhan peladang dan sektor pengeluaran makanan ditingkatkan kepada 30 peratus atau 240,000 orang pada 2020.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, LPP yang ditubuhkan 43 tahun dulu mempunyai keahlian lebih 800,000 orang di seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, hanya 15 peratus ahlinya berusia 40 tahun ke bawah.

"Malah amat membimbangkan ahlinya yang berusia 60 tahun mencecah 45 peratus.

"Senario ini perlu ditangani dan saya menyokong 100 peratus perancangan dan usaha LPP untuk mempergiat kempen supaya golongan muda menyertai pertubuhan peladang atau sektor pengeluaran makanan ditingkatkan kepada 30 peratuspada 2020,"katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Meremajakan Pertubuhan Peladang, di sini, hari ini.

Katanya,LPP juga sudah meminda peraturan dan undang-undangnya dengan memperuntukkan kuota peraturan dan undang-undangnya dengan memperuntukkan kuota peladang muda dan peladan nita dalam penyertaan sebagai ahli jemaah pengarah pertubuhan peladang.

"Tindakan ini juga amat bertepatan sekali kerana dengan cara ini golongan muda diberi peluang pembuatan keputusan di peluang secara langsung untuk terbabit dalam proses pembuatan keputusan di peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan proses transisi dari pemimpin lama kepada pemimpin baru dapat berjalan dengan lancar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 3:52 PM