MIT (dua kiri) menunjukkan dadah yang dirampas di IPK. FOTO Rosliza Mohamed
Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Lelaki disyaki pengedar dadah ditahan bersama 600 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM12,000 di Jalan Kelochor, di sini, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mit Emong berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan polis di hadapan kedai makan pada 8.30 malam

Katanya, pemeriksaan polis terhadap suspek menemui tiga paket plastik mengandungi pil kuda di dalam poket seluarnya.

"Dadah itu dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dijual kepada pelanggannya di sekitar Kota Bharu.

"Suspek kini direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas kereta dan motosikal dianggarkan bernilai RM74,000 milik suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 3:15 PM