ANTARA wanita yang ditahan STAGG. FOTO ihsan PDRM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Seramai 69 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan polis dalam serbuan di sembilan premis hiburan di sekitar Kepong, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan bermula 11.30 malam dan berakhir 2.30 pagi itu, Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterime (STAGG) Bukit Aman turut menahan 13 individu dipercayai penjaga premis berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, semua GRO yang ditahan adalah dari Vietnam,Thailand, Laos,Filipina dan Indonesia gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, wanita warga asing terbabit terut menawarkan khidmat seks berharga RM100 hingga RM300 kepada pelanggan.

"Polis turut merampas wang tunai RM10,362 dan resit catatan urusan jualan di sembilan premis berkenaan.

"Semua tangkapan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963,Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2016 @ 3:10 PM